RSS

Tuesday 30 August 2011

Hikmah Sabar Menghadapi Ujian Dan Musibah

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.



Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)


Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah.However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.



Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.

Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.
Wallahu ‘a’lam

" Apabila Menghadapi Ujian Allah "

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat.Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yangbermaksud:

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif,masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:   

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….
Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; kalau yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah segala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Saturday 27 August 2011

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT


Wahai sahabat pembaca yang disayangi. Mari kita renung sama-sama. Mengapa masih ramai antara kita memandang enteng pada solat. Sedangkan jika mereka tahu betapa azabnya balasan meninggalkan satu waktu solat, pasti akan menangis menyesali kehidupan hari semalam.
Sahabat, sama-sama kita tanam satu kesedaran yang berpanjangan. Bayangkan kita kini berada di hadapan api neraka. Baru kita nak menyesal tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Dunia dah makin tua. Esok lusa kiamat akan tiba. Sempatkah kita? Renung-renungkan sahabat.
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. 
 MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.

Thursday 18 August 2011

HADIAH BUAT MUSLIMAH

HADIAH BUAT MUSLIMAH 

Naskhah Wajib Buat Semua Muslimah....




SEORANG muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata. Apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri.
Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bistari. Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana.
Begitu indah salam perkenalan di permulaan buku Hadiah Buat Muslimah, Panduan Asas Fiqah Wanita tulisan pendakwah bebas, Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman.
Buku terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini menyediakan persiapan ilmu bagi kaum muslimah dalam mengharungi hidup yang dihambat pelbagai agenda rumit dan sukar.
Menurut Siti Nor Bahyah, muslimah pada masa ini disifatkan sebagai antara komponen masyarakat yang perlu memiliki ilmu fardu ain yang komprehensif.
"Semua sedia maklum, kaum wanita lebih rapat dengan anak-anak, dan mereka juga menjadi pengurus dalam rumah tangga bahkan mereka juga menjadi pembantu kepada suami.
"Sehubungan itu amat manis jika rohani dan jasmani mereka dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan Islam yang bersumberkan syariat bagi menjana kehidupan lebih sejahtera di dunia dan akhirat," ujarnya.
Tambah beliau, ibadah perlu dilakukan dalam keadaan berilmu supaya ia sah di sisi Allah SWT dan jangan sekali-kali beramal dalam keadaan jahil.
Buku ini terbahagi kepada 11 Bab, Islam dan wanita, Wanita dan Bersuci, Wanita dan Solat, Wanita dan Puasa, Wanita dan Zakat, Wanita dan Haji, Wanita dan Perkahwinan, Wanita dan Pergaulan, Wanita dan Perhiasan, Wanita dan Kewajipan Dalam Islam, dan Perbezaan wanita Islam dan Agama Lain.
"Memandangkan kehidupan seharian wanita sentiasa dipenuhi dengan kesibukan amat wajar mereka menjadikan buku ini sebagai panduan seharian," ujarnya.
Tambah Siti Nor Bahyah, menjadi kebiasaan wanita, bangun seawal pagi, menyibukkan diri dengan urusan rumah tangga, dan kemudian mengurus kerja di pejabat yang tidak pernah selesai.
"Beruntung jika wanita itu ikhlas dengan amalannya. Malah setiap gerakan sendi-sendinya membuahkan pahala kerana semua yang dilakukannya dianggap ibadah oleh Allah. Allah menjanjikan syurga bagi yang taat kepada suami dan sempurna ibadahnya, maka masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya," kata beliau.
Siti Nor Bahyah memberitahu, buku ini turut memberi ruang kepada muslimah mencari kebaikan dalam menuntut ilmu kerana ia mempunyai pengertian yang mendalam dan perlu dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.
"Setiap daripada kita perlu tahu apa itu ilmu beribadah kerana ibadah itu terpimpin dengan syariat, ibadah mendapat pahala dan tidak sia-sia, Tidak berlaku penyelewengan akidah, tahu dan sedar apa yang dikerjakan dan faham sebab dan akibat melakukan sesuatu.'' ujarnya lagi.
Pengisian Hadiah Buat Muslimah menggariskan segala yang terbaik dilakukan seorang muslimah sejati.
Jika cetek pengetahuan tentang puasa, zakat, peranan isteri, datang haid, kekeliruan dalam rumah tangga inilah buku yang anda harus baca.
Ia bukan sekadar untuk wanita bergelar isteri, ibu, kakak dan ibu saudara semata tetapi molek dimiliki seluruh keluarga.
Ia menjadi pembimbing dan pemangkin kesedaran terhadap ilmu akhirat dalam kehidupan wanita. Segala doa yang tidak mampu dihafal ada terkandung dalam buku ini.
Begitu juga semua jenis panduan surah yang boleh dijadikan ikutan dan amalan bagi mencari ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Panduan berumah tangga juga lengkap terisi dalam buku ini. Apa yang patut dilakukan seorang wanita untuk bergelar isteri solehah, ibu mithali dan wanita sejati.
Juga hukum wanita di dalam beberapa perkara berbanding wanita agama lain. Perbezaan yang dimaksudkan bukan memburukkan sesiapa tetapi sekadar dijadikan pengetahuan agar wanita dapat membezakan dan lebih memahami kedudukan dan hak-hak mereka.
Sehubungan itu, kupasan dalam Hadiah Buat Muslimah Panduan Asas Fiqah Wanita mampu memantapkan pengetahuan anda dalam memenuhi tanggungjawab sebagai wanita di dunia dan akhirat.
Seperti penutup kata di bahagian akhir buku ini, "kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak dan sempurna, maka ia semakin dekat kepada Allah dan semakin menyerupai malaikat." (Imam al-Ghazali)
Buku terbitan Telaga Biru ini dijual dengan harga 
RM30 (Semenanjung Malaysia) 
RM35 (Sabah dan Sarawak). 
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019 8390947 ( Amalina )







MUNIF HIJJAZ PERFUMES - Simbol Tanpa Keraguan


" Simbol Tanpa Keraguan.... Pati Wangian Boleh Dibawa Solat "

Wangian produk Munif Hijjaz Perfume diinspirasikan dari jenama antarabangsa terkenal seperti:

FOR HER ( Untuk wanita )

- CRISTIAN DIOR - JENNIFER LOPEZ - L LIVE - GUCCI - BODY SHOP - RALPH LAUREN - ESCADA
- CHACAREL - HUGO BOSS - CALVIN KLEIN - LANCOME - ELIZABETH ARDEN - - ESTEE LAUDER - P.H Heires - BRITNEY SPEARS 
FOR HIM ( Untuk Lelaki )

- DUNHILL - CALVIN KLEIN - GIOGIO ARMANI - CHANEL - HUGO BOSS - POLO


* Produk ini menerima sambutan yang memberansangkan dengan lebih 5000 kotak pelbagai jenis telah terjual diseluruh negara dalam tempoh 7 hari selepas dilancarkan. Produk ini diperbuat daripada pati minyak pekat dan tiada campuran bahan pelarut, malah tahap keaslian dan kepekatan pati haruman itu terjamin ketulenannya. Kerana bekalannya diimport terus dari Perancis. Sumber alam semulajadi seperti ribuan jenis bunga, tumbuhan dan buahan adalah bahan utama yang diproses untuk menghasilkan pati minyak wangi yang menjadi pilihan ini. Tiada sebarang elemen alkohol dan unsur haiwan serta bahan terlarang dalam penyediaan pati minyak wangi berkenaan. 





Munif Hijjaz - Minyak Wangi Lelaki
Harga setiap unit (piece): RM22.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
-------------------------------------------------------------------------------
Pengasas : Munif Hijjaz Sdn Bhd

Harga : RM22.00 /botol

sabah/sarawak:RM27.00
--------------------------------------------------------------------------------
Haruman Ispirasi Munif Hijjaz Perfumes dicipta bersama wangian-wangian popular yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa. Setiap kali anda menggunakan wangian Munif Hijjaz, badan anda akan harum sepanjang hari. Dapatkan segera di e-Store anda selagi stok masih ada.

MHM01 - CALVIN KLEIN C.K One
MHM02 - CHANEL Allure Men
MHM03 - DUNHILL Desire Red
MHM04 - GIORGIO ARMANI Acqua Di Gio
MHM05 - HUGO BOSS Energise
MHM06 - POLO Polo Black


Munif Hijjaz - Minyak Wangi Set Lelaki
Harga setiap unit (piece): RM34.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini
--------------------------------------------------------------------------------
Pengasas : Munif Hijjaz Sdn Bhd

Harga : RM34.00
sabah/sarawak:RM40.00
--------------------------------------------------------------------------------
Wangian terbaru Munif Hijjaz edisi 2011 Set 3 dalam 1 kini tampil dengan lebih trendy. Perfumes Munif Hijjaz dicipta bersama wangian-wangian popular yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa. Setiap kali anda menggunakan wangian Munif Hijjaz, badan anda akan harum sepanjang hari. Terdapat 2 set wangian untuk lelaki . Sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja dan para pelajar. Dapatkan segera di e-Store anda selagi stok masih ada.

Set 1 - Purple (Desire Red, Polo Black, One Million)
Set 2 - Red (Energise, Acqua Di Gio, Ferrari Red)



Munif Hijjaz - Minyak Wangi Set Wanita
Harga setiap unit (piece): RM34.00


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

--------------------------------------------------------------------------------

Pengasas : Munif Hijjaz Sdn Bhd

Harga : RM34.00
sabah/sarawak:RM40.00

--------------------------------------------------------------------------------

Wangian terbaru Munif Hijjaz edisi 2011 Set 3 dalam 1 kini tampil dengan lebih trendy. Perfumes Munif Hijjaz dicipta bersama wangian-wangian popular yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa. Setiap kali anda menggunakan wangian Munif Hijjaz, badan anda akan harum sepanjang hari. Terdapat 4 set wangian untuk wanita . Sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja dan para pelajar. Dapatkan segera di e-Store anda selagi stok masih ada.

Set 1 - Orange (Midnight Fantasy, Romance, Rockin Rio)
Set 2 - Pink (Apple Blossom, Miracle, 5th Avenue)
Set 3 - Blue (Amor Amor, Women Boss, Ckin2U Her)
Set 4 - Green (Live, Jadore, Envy Me)





Munif Hijjaz - Minyak Wangi Wanita
Harga setiap unit (piece): RM22.00


Hantar sebarang persoalan tentang produk ini

--------------------------------------------------------------------------------

Pengasas : Munif Hijjaz Sdn Bhd

Harga : RM22.00 /botol
sabah/sarawak:RM27.00

--------------------------------------------------------------------------------

Haruman Ispirasi Munif Hijjaz Perfumes dicipta bersama wangian-wangian popular yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa. Setiap kali anda menggunakan wangian Munif Hijjaz, badan anda akan harum sepanjang hari. Dapatkan segera di e-Store anda selagi stok masih ada.

MHW01 - B.S Midnight Fantasy
MHW02 - BODY SHOP Apple Blossom
MHW03 - CALVIN KLEIN Euphora
MHW04 - CHRISTIAN DIOR Midnight Poison
MHW05 - CHACAREL Amor Amor
MHW06 - CHRISTIAN DIOR Jadore
MHW07 - ESTEE LAUDER Pleasure
MHW08 - HUGO BOSS Women Boss
MHW09 - J.L Live
MHW10 - LANCOME - Miracle
MHW11 - P.H Heires
MHW12 - RALPH LAUREN Romance


DAPATKAN SEKARANG SEMENTARA STOK MASIH ADA


UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI : 019-839 0947


Wednesday 17 August 2011

..JIKA LAILATUL QADAR MILIKKU..

Ku Sujud Syukur Di hadapan Tuhanku,
Jika Lailatul Qadar Milikku
Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,
Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu,


Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku,
Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,
Pada-Nya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,
Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku.

Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,
Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,
Menyemai Perasaan Bertuhan Di Sejadah Solatku,
Memohon Munajat Sepuas Hatiku.
Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,
Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,
Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,
Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ia Berlalu Sayu.

Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,
Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,
Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui Malaikat-Mu,
Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu...




MAKNA BACAAN DALAM SOLAT..

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


Tuesday 16 August 2011

PEMILIK CINTAKU

"Kalau kamu cintakan bunga, bunga akan layu. Kalau kamu cintakan harta, harta akan musnah. Kalau kamu cintakan manusia, manusia pasti akan mati. Tetapi kalau kamu cintakan Allah, Allah kekal abadi".


Imam Ghazali


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul. 



BUKU INI DITUJUKAN KHUSUS KEPADA :


ADIK-ADIK REMAJA  yang baru nak mengenali cinta,ketahuilah bingkisan ini membenihkan sebuah impian padamu agar  memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja,dengarilah pesanku ,cintailah Allah nescaya cinta pasangan soleh bisa kau milikki...

BAKAL-BAKAL PENGANTIN BARU  ketahuilah bingkisan ini  ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awak pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan..


PARA SUAMI   ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu...  


PARA ISTERI  ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakan dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya..


IBU BAPA   ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga  dan berguna untuk anak-anakmu membina padadigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin..


sumber ( Telaga Biru )
Pemilik Cintaku
Harga setiap unit (piece): RM12.00
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

HARGA : RM 12.00,
sabah/sarawak : RM19.00

Hantar sebarang persoalan tentang produk ini