RSS

Tuesday 20 September 2011

~ ^_^ ~ JAWABLAH SENDIRI ~ ^_^~

Mengapa apabila diminta mengajak kepada kebaikkan
kita malu dan segan?
Takut dikata macam bagus?
Tetapi apabila diasak dengan keburukkan
kita menambah tanpa dipinta.
supaya nampak sangat setiakawan

Kenapa ketika diseru kepada kebaikkan
Cepat-cepat kita berfikir ini betul atau tidak?
tetapi waktu kita disogok dengan keburukkan
Tanpa berfikir kita menyahut

Adakah apabila diajak ke tempat yang baik
Banyak sungguh urusan kita yang belum selesai?
Namun apabila diajak ke tempat yang buruk
Cepat-cepat urusan lain ditangguhkan

Apakah juga suatu ketika kita ditimpa ujian
cepat-cepat kita melatah?
tapi apabila kita memperoleh kurnia
Lambat sekali kita mengucap syukur

Begitulah soalan mudah untuk dijawab
Tidak perlu dijawab atas kertas
Tidak perlu diumumkan kepada khalayak
Cukup sekadar
Jawablah Sendiri....


Ummu Hannan
Bandar Seri Putra

Saturday 17 September 2011

Tip Memilih Syurga Dunia Di Alam Rumah Tangga

1) Menjaga kebersihan
2) Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai
3) Selalu berkongsi rasa dan cinta
4) Bersegera memenuhi permintaannya
5) Setia mendampinginya.
6) Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis
7)  Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan.
8) Menghidupkan salam.
9) Menelefon untuk menyatakan rindu.
10) Sering mengungkapkan perasaan cinta.
11) Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
12) Bergurau-senda dan bercanda ,bermain dan bercengkerama.
13) Memuji dan menyanjung
14) Mencipta syair dan puisi istimewa
15) Memberi penghargaan dengan ikhlas
16) Saling berkirim e-mel,SMS
17) Memberi hadiah
18) Berpisah sementara dan menikmati rindu
19) Membantu pekerjaan rumah tangga
20) Berhias
21) Melayan dengan baik
22) Memberi perhatian kepada keluarga mentua
23) Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang
24) Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi
25) Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya
26) Mengunjungi kerabat dan sahabat
27) Mengambil berat ketika dia sakit
28) Meminta pertolongan dengan cara yang baik
29) Disiplin terhadap waktu
30) Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah
31) Berakhlak baik
32) Berpada dan reda dengan apa yang ada
33) Taat pada pasangan
34) Menunjukkan contoh yang baik
35) Selalu menambah rasa cinta. 

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya kita cinta kepada Manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
Orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
Cintanya kepada Allah juga
Ya Allah...
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan 
Oleh-Mu kepadaku
Maka,Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu
Dan campakkanlah ke dalam hatinya
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu
Namun.
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian
Yang kau berikan kepadaku..



* Aminah Qutb merupakan adik kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.


..sajak ini juga ditujukan buat bakal suamiku....:)

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

Aku nekad..selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali kuserahkan hati ini kepada seorang lelaki..Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami...Ini tekadku..cukuplah pengalaman silam mematangkan aku dalam mempersiapkan diri untuk melayari mahligai rumah tangga untuk kali keduanya...takkan sesekali aku melakarkan puisi cinta seperti mana yang telah berlaku dalam hidupku suatu ketika dahulu...akanku bajai cinta suciku ini berlandaskan cinta kepada Allah...Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu..Saranan doa Rasulullah SAW kuabadikan dalam sujudku :


" Ya Tuhan kami ,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) .dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa..
                                                                                                                ( Surah al-Furqan 25:74 )

BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN.
- akanku jadikan peringatan buat diri agar tidak terjebak dengan cinta sebelum kahwin-


* Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik  hidung oleh    nafsu.


* Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.


* Hati akan terseksa dengan barah rindu.


* Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.


* Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.


* Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.


* Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa dan perasaan.


* Jiwaku tergangu dalam menilai mana yang baik,mana yang buruk untuk diriku.


* Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat,yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.


Nauzubillah..!! 

Friday 2 September 2011

Bacalah Bismillah Dan Teruskan Perjalanan..


Sebelum memulakan perjalanan, bacalah Bismillah dan doa naik kenderaan. 
Bersedialah dalam hati dengan perkara-perkara yang dijangka akan berlaku seperti jalan sesak dan sebagainya. Pastikan diri sentiasa tenang.
Sentiasa berfikiran positif, dan elak mengeluarkan perkataan negatif yang akan menjerumus kamu bersifat tidak sabar. Tenangkan diri.
Pasang zikir-zikir Allah di dalam kenderaan. Ingat ibu bapa, saudara mara, sahabat handai yang menunggu kepulangan kamu. Kamu ingin balik memberi mereka senyuman bukan kesedihan. 
Paling baik jika anda basahkan bibir dengan memuji-muji nama Allah S.W.T dan berselawat kepada Rasullah S.A.W.
Dan yang paling penting, sentiasa berharap kepada Allah S.W.T moga-moga perjalanan anda selamat. 
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)

Thursday 1 September 2011

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.